Alhamdulillah,
ternyata Sidharta Buddha Gautama adalah seorang muslim, mari kita telaah
bukti-buktinya:
1.
Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha
Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah
Nabi Zulkifli as, yg dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yg mempunyai tingkat
kesabaran yang tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri
berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut
Kalam Azad, merupakan
nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
2.
Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang akan
datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad saw. Dalam
kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise
in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme
one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing
the universe“.
SIAPAKAH
NABI ZULKIFLI?
Zulkifli
bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu
sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah,
tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru,
raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang
sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu,
sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini
kepadanya.”
Tiada
seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:”Siapakah
antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya
serta sanggup bersabar?”
Sejurus
itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan
keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran
Zulkifli.
Baginda
juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail,
Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua
karena mereka orang yang suka bersabar.”
SIAPAKAH
SIDDHARTHA GAUTAMA?
Pada
akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama
Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab
menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja
Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum
Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal.
Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang
memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.
Sebelum
kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung
yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada
belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali
sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.
MAKSUD
ISTILAH BUDDHA
Dalam
agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia
yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud
‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha.
Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang
terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan
Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara
ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Makna
“Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang berarti “dari tempat yang
tinggi”; karena itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang
jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang
difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat
diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat
kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
RINGKASAN
KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran
Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada
tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta
dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.
Pada
hari kelahiran Bodhisatta telah disadari secara ghaib oleh seorang tua yang
sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama
asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat
dan menilik putera Raja Suddhodana.
Asita
mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta
bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e.
Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bedakan
antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
Asita
menangis
karena sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan
datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.
Kenyataan
terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua yaitu
sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung
manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru
Agung.
Upacara
menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan.
Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk
putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.
Siddhartha
kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama
Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan
ilmu ketenteraan. Yang menjadi keheranan kepada orang disekeliling dan gurunya
ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hingga tidak ada
seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta
merta.
Malah
beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah
dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pohon
(Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang
stress.
PERSAMAAN
NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA
Maka
berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam
Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an, namun
menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan
peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, yaitu pada
maksud ayat;
“Demi
(buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah)
ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya
(neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka
bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu
mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Beliau
menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus,
Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula
menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan
apa?
Tin
(fig) = Pohon Bodhi
Pohon
Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam
tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud
ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi
bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan
Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini
bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.
Manakala
Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha
Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh),
menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal
dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
“Dan
(ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk
orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).
“Dan
ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk
orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).
KESIMPULAN
“Kifl”
adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva
(Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli
teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an
boleh jadi adalah Buddha.
Dalam
sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang
paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian
ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara
kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.
Yang
menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman
mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah
dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan
Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?
Dikatakan
dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah
islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang
Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.
Bila
Allah berfirman :“Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin.”
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya. Tiin (Nabi
Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) dan
Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad saw. ia ikut
urutan, hebatnya Qur’an sebagai kalimat Tuhan susunan sejarah riwayat Nabi-Nya.
Mari kita sama-sama fikirkan. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.(abyavicenna)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar